Khamis, Mei 01, 2008

BIODATA MAHAGURU

BIODATA MAHAGURU

Mahaguru Tuan Hj. Jaffar bin Hj. Abdul Hamid yang juga dikenali sebagai Nanang dilahirkan pada 20hb Ogos 1938 di Kampong Parit Jawa, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor.

Mendapat pendidikan Darjah Khas Sekolah Agama Negeri Johor pada tahun 1954 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1964.

Setelah bersara daripada menjadi guru sekolah, beliau menetap di Kampong Parit Ulong Darat, Sri Medan, Batu Pahat, Johor (alamat rasmi rumah perguruan) dan telah dilantik sebagai Imam Masjid di kampong tersebut.

Selain menjadi Imam dan mengajar silat, Mahaguru Tuan Hj. Jaffar bin Hj. Abdul Hamid juga memberikan perkhidmatan urut dan perubatan tradisional. Pelanggan dan pesakit beliau terdiri daripada semua golongan baik dari bayi hingga orang tua, orang kampong hingga orang kota, pekebun hingga ke peringkat menteri. Malahan ada pesakit yang mendapat rawatan tetap daripada beliau datang daripada negara Brunei dan Singapura.

Mahaguru Tuan Hj. Jaffar bin Hj. Abdul Hamid telah menuntut dan mengamalkan berbagai jenis silat iaitu antaranya:

  1. Macan Banjar dari Arwah Hj. Zamzam & Hj. Ali / Ulu Benut Simpang Renggam. (1955)

  1. Sunda Asli dari Wak Deno Sunda / Parit Lintang (1956-1957)

  1. Sendeng Jagur dari Pelembang & Hj. Nasir / Parit Pasir (1958)

  1. Pencak Silat Melayu dari Wak Leham / Parit Maimon (1959)

  1. Jemandi dari Wak Parman Ponorogo (1961-1964)

  1. Jiyamis dari Wak Sham Ponorogo (1965)

  1. Silat Gayong Malaysia dari Datuk Meor & Kamari / Baling (1969-1971)

  1. Sendeng Banjar dari Julak Emran / Parit Jatuh (1974)

  1. Budi Suci/Wali Suci (1975-1976)

  1. Nasrul Haq (1977)

  1. Indera Sakti (1978)

  1. Kuntau Kwang Tong dari Wak Leham / Parit Maimon (1978-1980)

0 comments: