Khamis, Mei 01, 2008

BIODATA GURU UTAMA

BIODATA GURU UTAMA

Guru Zaini bin Chorong dilahirkan pada 23hb Jun 1961 di Kampung Parit Jorak Senawi Darat (Parit Naib Jorak Janggol), Mukim 6, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor.

Setelah bersara daripada berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau kini bertugas sebagai Pekerja Rendah Awam (PRA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Batu Pahat.

Penglibatan beliau dalam seni beladiri telah bermula semenjak berada di sekolah rendah lagi iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat. Beliau meneruskan minat beliau yang mendalam terhadap silat sehingga beliau bersekolah di Sekolah Menengah Tongkang Pechah dan kemudiannya di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar. Beliau kemudiannya bergiat cergas semasa berkhidmat di dalam ATM.

Guru Zaini bin Chorong telah menuntut dan mengamalkan berbagai jenis seni beladiri. Diantara penglibatan beliau ialah:

1. Sendeng Tunggal (1968-1972)

2. Sendeng Harimau (1972-1973)

3. Sendeng Seminggu (Kuntau Sendeng) (1972-1973)

4. Nasrul Haq (1974)

5. Silat Kalimah (1974-1975)

6. Silat Gayong Asli (1977-1979)

7. Tae Kwon-do WTF (1980-1992)

8. Silat Gayong Malaysia (1981-1990)

9. Silat Gayong Gerak Serentak (1991- kini)

10. Gayang Lima (Buah Pukul Mersing) (1991-1992)

11. Wushu (1995)

12. AJK PESAKA / Jurulatih Daerah Batu Pahat (1994-kini)

13. Wasit & Juri negeri dan kebangsaan (1997-kini)

Selain itu, beliau juga terlibat sebagai Pembantu Teknikal MSSD, Wasit/Juri MSSJ dan juga Jurulatih MSSD & MSSJ. Beliau telah melatih ramai pesilat yang telah menjadi juara baik diperingkat MSSD, MSSJ, MSSM, daerah, negeri, kebangsaan malahan diperingkat antarabangsa.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

tak cukup lagi tu zaini....
tambah lagi ilmu didada... masih kurang lagi tu

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.