Isnin, Februari 15, 2010

Gambar2 Sekitar Khataman 2010...

AYAHANDA MAHAGURU TUAN HAJI JAFFAR BIN HJ ABD HAMID


ABANG LONG MOHAMMAD MAHYUDDIN BIN HJ JAFFAR


GURUTAMA ZAINI BIN CHORONG

















KHATAMAN 2010

Ahad, Mac 22, 2009

KHATAMAN 2009

Khamis, Oktober 16, 2008

GAMBAR KHATAMAN 2008

klik gambar utk imej besar

GAMBAR KHATAMAN 2007

klik gambar untuk imej besar

Selasa, Mei 06, 2008

Profail Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari - Pengarang Sabil al-Muhtadin
Oleh WAN MOHD. SHAGIR ABDULLAH


NAMA lengkap Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari
bin Saiyid Abu Bakar bin Saiyid Abdullah al-'Aidrus bin Saiyid Abu Bakar
as-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf bin Saiyid Muhammad Maula
ad-Dawilah al-'Aidrus, dan seterusnya sampai kepada Saidina Ali bin Abi Thalib
dan Saidatina Fatimah bin Nabi Muhammad s.a.w. Riwayat kedatangan datuk nenek
Syeikh Muhammad Arsyad ke dunia Melayu terjadi pertikaian pendapat. Ada
riwayat mengatakan bahawa yang pertama datang ialah Saiyid Abdullah bin Saiyid
Abu Bakar as-Sakran.

Beliau telah datang ke Filipina, dan berhasil mendirikan Kerajaan Mindano.
Menurut H.M Syafie bahawa ayah Abdullah bernama Saiyid Abu Bakar (bererti
datuk kepada Syeikh Muhammad Arsyad) adalah Sultan Mindano.

Abdullah pula pernah sebagai pemimpin peperangan melawan Portugis, kemudian
ikut melawan Belanda lalu melarikan diri bersama isterinya ke Lok Gabang
(Martapura).

Dalam riwayat yang kurang jelas, apakah Saiyid Abu Bakar as-Sakran atau pun
Saiyid Abu Bakar bin Saiyid `Abdullah al-'Aidrus, dikatakan berasal dari
Palembang pindah ke Johor, selanjutnya ke Brunei Darussalam, Sabah dan
Kepulauan Sulu.

Yang terjadi pertikaian pendapat pula nama ayah Abdullah, selain dikatakan
Abdullah bin Abdur Rahman dan Abdullah bin Saiyid Abu Bakar, ada lagi riwayat
yang menyebut bahawa Abdullah itu adalah anak Kerta Suta. Kerta Suta anak
Muslihuddin. Muslihuddin anak Muhammad Aminuddin.

Pendidikan

Muhammad Arsyad al-Banjari lahir pada malam Khamis, pukul 3.00 (waktu sahur),
15 Safar 1122 H/17 Mac 1710 M, wafat pada 6 Syawal 1227 H/3 Oktober 1812 M.
Pendidikannya ketika kecil tidak begitu jelas, tetapi pendidikannya
dilanjutkan ke Mekah dan Madinah. Sangat popular bahawa beliau belajar di
Mekah sekitar 30 tahun dan di Madinah sekitar lima tahun. Sahabatnya yang
paling penting yang banyak disebut oleh hampir semua penulis ialah Syeikh
`Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Abdur Rahman al-Mashri al-Batawi dan Syeikh
Abdul Wahhab Bugis, yang terakhir ini menjadi menantu beliau. Gurunya pula
yang banyak disebut ialah Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syeikh
`Athaullah dan Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Sammani al-Madani. Selama
belajar di Mekah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari tinggal di
sebuah rumah yang dibeli oleh Sultan Banjar. Rumah tersebut terletak di
kampung Samiyah yang disebut juga dengan Barhat Banjar. Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari dan kawan-kawannya selain belajar kepada ulama-ulama bangsa Arab,
juga belajar kepada ulama-ulama yang berasal dari dunia Melayu. Di antara guru
mereka yang berasal dari dunia Melayu ialah: Syeikh Abdur Rahman bin Abdul
Mubin Pauh Bok al-Fathani, Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh dan
Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin al-Falimbani, dan barangkali ramai lagi.

Hampir semua ilmu keislaman yang telah dipelajari di Mekah dan Madinah
mempunyai sanad atau silsilah yang musalsal mulai daripada beliau hingga ke
atasnya. Hal ini cukup jelas seperti yang ditulis oleh Syeikh Yasin Padang
dalam beberapa buah karya beliau. Lama masa belajar di Mekah dan Madinah,
dalam jumlah pelajaran dan jenis kitab yang banyak dipelajari, ditambah lagi
belajar kepada ulama yang benar-benar ahli di bidangnya masing-masing, di
tempat sumber agama Islam itu sendiri, serta diperoleh daripada ulama-ulama
yang warak, maka tidaklah diragui bahawa Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah
al-Banjari akhirnya menjadi seorang ulama besar tanah Jawi atau dunia Melayu.
Kewarakannya diakui oleh ulama-ulama yang datang kemudian daripada beliau
kerana banyak bukti-buktinya. Selain bukti berupa karya-karyanya, juga dapat
diambil kira tentang jasa-jasanya mencelikkan mata terutama rakyat Banjar atau
seluruh dunia Melayu melalui karangannya yang paling terkenal Sabil
al-Muhtadin. Selain itu ternyata keturunan beliau sangat ramai yang menjadi
ulama. Ini sebagai bukti bahawa Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
telah berhasil membasmi kejahilan selain untuk dirinya peribadi, untuk
keturunannya, keluarga besar Banjar, bahkan juga pengaruhnya dirasakan di
seluruh dunia Melayu. Hal ini dikeranakan memang hampir tidak ada ulama dunia
Melayu yang tidak kenal dengan karyanya Sabil al-Muhtadin yang tersebut itu.

Sahabat-sahabat

Walaupun nama-nama sahabatnya yang banyak disebut oleh beberapa orang
pengarang, namun untuk melengkapi maklumat ini, di bawah ini saya salin
kembali senarai nama sahabatnya yang telah diketahui. Mereka ialah: 1. Syeikh
`Abdus Shamad al-Falimbani. 2. Syeikh `Abdur Rahman al-Mashri al-Batawi, iaitu
datuk kepada Saiyid `Utsman Mufti Betawi yang terkenal. 3. Syeikh `Abdul
Wahhab Sadenreng Daeng Bunga Wardiyah berasal dari Bugis, yang kemudian
menjadi menantu kepada Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al Banjari. 4.
Syeikh Ahmad Razzah orang Mesir. 5. Syeikh Muhammad Nafis bin Idris
al-Banjari, pengarang kitab ad-Durr an-Nafis. 6. Syeikh Mahmud bin Kinan
al-Falimbani. 7. Syeikh Muhammad `Asyiquddin bin Shafiyuddin al-Falimbani. 8.
Syeikh Muhammad Shalih bin `Umar as-Samarani (Semarang) yang digelar dengan
Imam Ghazali Shaghir (Imam Ghazali Kecil). 9. Syeikh `Utsman bin Hasan
ad-Dimyati. 10. Syeikh `Abdur Rahman bin `Abdullah bin Ahmad at-Tarmasi 11.
Syeikh Haji Zainuddin bin `Abdur Rahim bin `Abdul Lathif bin Muhammad Hasyim
bin `Abdul Mannan bin Ahmad bin `Abdur Rauf al-Fathani. 12. Kiyai Musa
Surabaya dan ramai lagi.

Penulisan

Tradisi kebanyakan ulama, ketika mereka belajar dan mengajar di Mekah, sekali
gus menulis kitab di Mekah juga. Lain halnya dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin
`Abdullah al-Banjari, walaupun dipercayai bahawa beliau juga pernah mengajar
di Mekah, namun karya yang dihasilkannya ditulis di Banjar sendiri. Lagi pula
nampaknya beliau lebih mencurahkan khidmat derma baktinya di tempat
kelahirannya sendiri yang seolah-olah tanggungjawab rakyat Banjar terbeban di
bahunya. Ketika mulai pulang ke Banjar, sememangnya beliau sangat sibuk
mengajar dan menyusun segala macam bidang yang bersangkut-paut dengan dakwah,
pendidikan dan pentadbiran Islam. Walaupun begitu beliau masih sempat
menghasilkan beberapa buah karangan. Karangannya yang sempat dicatat adalah
seperti berikut di bawah ini:

1. Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah Iman al-Mu'minin wa ma Yufsiduhu
Riddah ar-Murtaddin, diselesaikan tahun 1188 H/1774 M

2. Luqtah al-'Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas an-Nis-yan,
diselesaikan tahun 1192 H/1778 M.

3. Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din, diseselesaikan pada hari
Ahad, 27 Rabiulakhir 1195 H/1780 M

4. Risalah Qaul al-Mukhtashar, diselesaikan pada hari Khamis 22 Rabiulawal
1196 H/1781 M.

5. Kitab Bab an-Nikah.

6. Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi

7. Kanzu al-Ma'rifah

8. Ushul ad-Din

9. Kitab al-Faraid

10. Hasyiyah Fat-h al-Wahhab

11. Mushhaf al-Quran al-Karim

12. Fat-h ar-Rahman

13. Arkanu Ta'lim as-Shibyan

14. Bulugh al-Maram

15. Fi Bayani Qadha' wa al-Qadar wa al-Waba'

16. Tuhfah al-Ahbab

17. Khuthbah Muthlaqah Pakai Makna. Kitab ini dikumpulkan semula oleh
keturunannya, Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari. Dicetak oleh Mathba'ah
Al-Ahmadiah, Singapura, tanpa dinyatakan tarikh cetak.

Ada pun karyanya yang pertama, iaitu Tuhfah ar-Raghibin, kitab ini sudah jelas
atau pasti karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari bukan karya
Syeikh `Abdus Shamad al-Falimbani seperti yang disebut oleh Dr. M. Chatib
Quzwain dalam bukunya, Mengenal Allah Suatu Studi Mengenai Ajaran Tasawuf
Syeikh Abdus Samad AI-Falimbani, yang berasal daripada pendapat P. Voorhoeve.
Pendapat yang keliru itu telah saya bantah dalam buku Syeikh Muhammad Arsyad
(l990). Dasar saya adalah bukti-bukti sebagai yang berikut:

1. Tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, ``Maka disebut oleh yang
empunya karangan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imanil Mu'minin bagi
`Alim al-Fadhil al-'Allamah Syeikh Muhammad Arsyad.''

2. Tulisan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul
Arsyadiyah, ``Maka mengarang Maulana (maksudnya Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari, pen:) itu beberapa kitab dengan bahasa Melayu dengan isyarat
sultan yang tersebut, seperti Tuhfatur Raghibin ...'' Pada halaman lain,
``Maka Sultan Tahmidullah Tsani ini, ialah yang disebut oleh orang Penembahan
Batu. Dan ialah yang minta karangkan Sabilul Muhtadin lil Mutafaqqihi fi Amrid
Din dan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imani Mu'minin wa Riddatil
Murtaddin dan lainnya kepada jaddi (Maksudnya: datukku, pen :) al-'Alim
al-'Allamah al-'Arif Billah asy-Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah
al-Banjari.''

3. Pada cetakan Istanbul, yang kemudian dicetak kembali oleh Mathba'ah
Al-Ahmadiah, Singapura tahun 1347 H, iaitu cetakan kedua dinyatakan,
``Tuhfatur Raghibin ... ta'lif al-'Alim al-'Allamah asy-Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari.'' Di bawahnya tertulis, ``Telah ditashhihkan risalah oleh seorang
daripada zuriat muallifnya, iaitu `Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad `Afif
mengikut bagi khat muallifnya sendiri ...''. Di bawahnya lagi tertulis, ``Ini
kitab sudah cap dari negeri Istanbul fi Mathba'ah al-Haji Muharram Afandi''.

4. Terakhir sekali Mahmud bin Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari mencetak
kitab Tuhfah ar-Raghibin itu disebutnya cetakan yang ketiga, nama Syeikh
Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari tetap dikekalkan sebagai
pengarangnya.

Daripada bukti-bukti di atas, terutama yang bersumber daripada Syeikh Daud bin
`Abdullah al-Fathani dan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq adalah cukup kuat untuk
dipegang kerana kedua-duanya ada hubungan dekat dengan Syeikh Muhammad Arsyad
bin `Abdullah al-Banjari itu. Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani adalah
sahabat Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari sedangkan Syeikh
`Abdur Rahman Shiddiq pula adalah keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin
`Abdullah al-Banjari. Mengenai karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad bin
`Abdullah al-Banjari yang tersebut dalam senarai, insya-Allah akan dibicarakan
pada kesempatan yang lain.

Khamis, Mei 01, 2008

PERMAINAN

PERMAINAN

Antara ilmu silat dan permainan yang akan dipelajari oleh setiap ahli ialah:

  1. Silat Gayong Banjar.

  1. Silat Sendeng Singkir.

  1. Silat Sendeng Tunggal.

  1. Silat Sendeng Seminggu.

  1. Silat Macan Banjar.

  1. Silat Olahraga.

  1. Buah Pukul dan Penebat.

  1. Kunci dan Pelepas.

  1. Silat Seni dan Persembahan.